BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 2, 2010

KATEGORI HAMSTER

Terdapat beberapa jenis hamster didunia ini yang boleh dijadikan haiwan peliharaan, dibawah disenaraikan 5 jenis hamster yang popular dikalangan peminat hamster. Ini tidaklah termasuk mini hamster, panda bear dll seperti dalam koleksi kami.

Nama Komersial : Syrian Hamster (Golden Hamster)

Nama Latin:Mesocricetus auratus

Ukuran: 15 - 20 cm (bila sudah dewasa)

Umur : 2 – 2 setengah tahun hayat bila dirawat dengan baik

Berat: 130-210g

Jenis2 lain : Short hair, Long hair, Rex dan Satin


Ditemukan pertama kali pada thn 1930 oleh I.aharoni, seorang profesor zoologi universitas habrew, Yerusalem. Hamster ini pertama kali ditemukan dalam sebuah lubang sepanjang delapan kaki di daerah padang pasir Aleppo, Siria. Oleh sebab itu hamster ini dikenali dengan nama Hamster Siria (Syrian Hamster)


Syrians merupakan jenis hamster yang paling besar. Merupakan haiwan yang aktif pada waktu malam seperti hamster yang lain dan suka hidup bersendirian. Biasanya yang betina akan lebih peka berbanding yang jantan. Dia akan keluar pada siang untuk melihat jika ada sesuatu berlaku. Manakala yang jantan, agak malas dan hanya akan keluar untuk membuang air dan makan. Jenis ini boleh untuk dilatih supaya aktif lebih awal. Jenis jantan akan berbulu panjang dan mempunyai ’skirt’.



Nama Komersial : Hamster Winter White

Nama Latin: Phodopus sungorus

Ukuran: 7-10 cm

Umur : 2 – 2 setengah tahun hayat bila dirawat dengan baik

Berat: 125-40g

Jenis2 lain : normal,safir,pearl,golden


Ditemukan pertama kali dijadikan sebagai bahan tulisan pada thn 1770. Nama winter white yg diberikan pada hamster ini didasarkan oleh perubahan warna bulu bila terjadi perubahan suhu. Pada musim dingin, bulu hamster ini akan berubah menjadi putih dan kembali ke warna asal pada musim panas. Hamster winter white berasal dari bahagian timur kazakhastan dan tenggara siberia.


Winter whites kelihatan seperti Campbells tetapi sebenarnya mereka lebih kecil dan mempunyai warna yang berbeza. Biasanya Winter Whites berwarna kelabu gelap manakala Campbells bewarna coklat. Mereka boleh tinggal sepasang dari jenis yang sama. Meskipun mempunyai bentuk yang serupa namun Winter Whites lebih mesra, lebih mudah untuk dipelihara dan kurang persaingan berebut kawasan sesama mereka. Jangan temukan Winter Whites dengan Campbells kerana Winter Whites betina akan sukar melahirkan bayi Campbells kerana saiz anak Campbells besar. Winter Whites tidak mempunyai sejarah diabetis.



Nama Komersial : Campbell Hamster

Nama Latin: Phodopus campbelli

Ukuran: 8-10 cm

Umur : 1 setengah tahun – 2 tahun hayat bila dirawat dengan baik

Berat: 30-45 g

Jenis2 lain : albino,panda,black bear,argente,opal,blue dll

Masa kehamilan : 18 – 21 hari


Ditemukan pertama kali pada tahun 1905 oleh Thomas Campbell. Hamster ini berasal dari asia tengah, terutama banyak ditemukan di daerah Mongol dan timur laut cina.


Campbells adalah lebih kecil daripada Syrians dan tinggal secara koloni. Jenis ini membiak dengan cepat dan disyorkan supaya mengasingkan kedua-dua jantina. Hanya tempatkan yang sama jantina sahaja di dalam satu sangkar. Biasanya mereka mesra sesama mereka namun mereka juga bergaduh terutamanya apabila induk betina tercabar dengan yang lain. Apabila mereka bergaduh dan cedera, pisahkan mereka dengan segera. Namun jangan terus mengasingkan mereka apabila kelihatan mereka bergaduh kerana mungkin mereka hanya bergomol bergurau sahaja. Apabila sudah dipisahkan agak susah untuk mereka berbaik semula di kemudian hari. Campbells biasanya menggigit manusia namun jika bernasib baik, dapat berjumpa dengan yang mesra dengan manusia


Nama Komersial : Roborovski Hamster

Nama Latin: Phodopus roborovskii

Ukuran: 4-5cm

Umur : 3 setengah tahun – 4 tahun hayat bila dirawat dengan baik

Berat: 15-26g

Jenis2 lain : normal,white face


Hamster ini berasal dari Mongolia bahagian barat dan timur serta sebelah utara China. Roborovski hidup di dalam lubang sedalam 50 – 150 cm.


Roborovski merupakan hamster yang paling kecil sekali dalam keluarga hamster dan berasal dari Mongolia. Mereka biasanya tinggal secara berkelompok tetapi jika terlalu padat, boleh mengakibatkan kanibalisme, di mana yang kecil akan dimakan jika mereka berasa makanan dan ruang tidak mencukupi. Berhati-hati jika membela beberapa ekor hamster jenis ini kerana agak sukar untuk menjaga Roborovski yang banyak. Jenis ini biasanya agak lincah dan bergerak pantas. Jenis ini juga tidak sesuai untuk dibela oleh kanak-kanak kerana sukar untuk membelanya. Biasanya Roborovski dibela secara berkelompok dan dibiarkan dalam sebuah tangki seperti akuarium yang mempunyai banyak permainan. Orang boleh melihat kehidupan hamster dan kurang sesuai untuk dibawa bermain di luar.

Nama Komersial : Chinese Hamster

Nama Latin: Cricetulus griseus

Ukuran: 10 cm

Umur : 2 tahun – 4 tahun hayat bila dirawat dengan baik

Berat: 26-38 g

Jenis2 lain : normal,putih,berbintik2


hamster ini berasal dari daerah utara China dan termasuk dalam keluarga hamster berekor panjang.

Jenis ini merupakan jenis yang jarang ditemui. Biasanya hamster jenis ini amat mesra dan mempunyai sikap yang baik. Boleh disimpan sepasang bersama dalam sangkar tetapi jika bergaduh perlu dipisahkan dengan segera. Mempunyai saiz yang agak kecil meskipun setelah dewasa sepenuhnya dan kelihatan seperti seekor tikus kecuali dia tidak mempunyai ekor yang panjang.






6 comments:

Tunjuk Bintang said...

jenis hamster yang menjadi tarikan penggemar haiwan peliharaan. kadang2 pelikkan, mak aq pon cakap benda tu tikus, lama2 kelamaan aq terangkan bahawa itulah sebenarnya hamster, tapi mereka mana faham pon.. hahaha.. tapi jika anda mahu membela hamster buatlah pilihan yang bijak kerana setiap hamster2 ini banyak kelebihan dan kekurangan.

Anonymous said...

kakak2 aku cakap cencorot!lagi teruk.huhuhu.aku dh beli GP normal sepasang.aku nk cri info psl GP,tapi byk dlm b.i.aku kurng la dlm b.i ni.arap fadwan agro membantu

FadzwanAgro said...

ok.. sebelum ni kami ada letak isu pasal guinea pig, sepanjang partner jaga, bintang bagi makan rumput yang hujungnya lembut tu.. seminggu sekali jerk.. makanan beli kat pets shop, kalau nak baik sikit guna yang alex, tapi aq pakai biasa jerk.. GP ni bau busuk sikit najisnya, so kena selalu bersihkan najis dia, dua tiga hari syampukan badan dia. forumer pernah mandikan tapi malas plak nak dengar twit.. twit.. dia. apa2 nanti sila tinggalkan link untuk comunicated..

Anonymous said...

mcm mana nak tahu hamster aku itu hamster campbells @ winter whites?
ak konfius laaa

Fafa Jamil said...

comel sangat. binatang ape eh yang dia suka stay kat bahu? boleh bawa jalan jalan. penah jumpa,,tp xingat. kot kot u tau??

Tunjuk Bintang said...

oo.. itu sugar glider uollz..