BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 6, 2010

BUNNIES YANG CUTE

hai olls, sbnrnya nak masukan pic bunnies ni kat blog. tapi x sempat la.. masa beli bunnies ni pon terpaksa tinggalkan satu hari kat umah. ada hal kena balik kampung... xkan nak travel bawak balik kampung.. nak x nak nekad tinggalkan jer kat umah. tapi risau memang giler2, tu yang terpaksa balik awal. alhamdulillah sampai jer pagi tadi mereka ok, hamster lain pon ok, GPpon makin ok, ikan2 aq biasalah ...

masa beli, owner x tau nak declare mereka ni jantan ke betina.

yang ni slow sikit. maybe malu2 lagik kot. huhuhuhu..

kudakap didada, dia manja disitu. ceh..ceh.. maklumlah xder kucing nak peluk, kalau sesaper ader kucing jantan nak bagi kat aq.. boleh saja..

siap bermanja2 lagik dengan aq.. so cute...




p/s: bunnies ni beli dari rock&rollbunnies. thanks alot
emph.. bakul nanti saya pulangkan.. ada hal penting nak wat sampai x sempat nak pulang.


Saturday, January 2, 2010

KATEGORI HAMSTER

Terdapat beberapa jenis hamster didunia ini yang boleh dijadikan haiwan peliharaan, dibawah disenaraikan 5 jenis hamster yang popular dikalangan peminat hamster. Ini tidaklah termasuk mini hamster, panda bear dll seperti dalam koleksi kami.

Nama Komersial : Syrian Hamster (Golden Hamster)

Nama Latin:Mesocricetus auratus

Ukuran: 15 - 20 cm (bila sudah dewasa)

Umur : 2 – 2 setengah tahun hayat bila dirawat dengan baik

Berat: 130-210g

Jenis2 lain : Short hair, Long hair, Rex dan Satin


Ditemukan pertama kali pada thn 1930 oleh I.aharoni, seorang profesor zoologi universitas habrew, Yerusalem. Hamster ini pertama kali ditemukan dalam sebuah lubang sepanjang delapan kaki di daerah padang pasir Aleppo, Siria. Oleh sebab itu hamster ini dikenali dengan nama Hamster Siria (Syrian Hamster)


Syrians merupakan jenis hamster yang paling besar. Merupakan haiwan yang aktif pada waktu malam seperti hamster yang lain dan suka hidup bersendirian. Biasanya yang betina akan lebih peka berbanding yang jantan. Dia akan keluar pada siang untuk melihat jika ada sesuatu berlaku. Manakala yang jantan, agak malas dan hanya akan keluar untuk membuang air dan makan. Jenis ini boleh untuk dilatih supaya aktif lebih awal. Jenis jantan akan berbulu panjang dan mempunyai ’skirt’.



Nama Komersial : Hamster Winter White

Nama Latin: Phodopus sungorus

Ukuran: 7-10 cm

Umur : 2 – 2 setengah tahun hayat bila dirawat dengan baik

Berat: 125-40g

Jenis2 lain : normal,safir,pearl,golden


Ditemukan pertama kali dijadikan sebagai bahan tulisan pada thn 1770. Nama winter white yg diberikan pada hamster ini didasarkan oleh perubahan warna bulu bila terjadi perubahan suhu. Pada musim dingin, bulu hamster ini akan berubah menjadi putih dan kembali ke warna asal pada musim panas. Hamster winter white berasal dari bahagian timur kazakhastan dan tenggara siberia.


Winter whites kelihatan seperti Campbells tetapi sebenarnya mereka lebih kecil dan mempunyai warna yang berbeza. Biasanya Winter Whites berwarna kelabu gelap manakala Campbells bewarna coklat. Mereka boleh tinggal sepasang dari jenis yang sama. Meskipun mempunyai bentuk yang serupa namun Winter Whites lebih mesra, lebih mudah untuk dipelihara dan kurang persaingan berebut kawasan sesama mereka. Jangan temukan Winter Whites dengan Campbells kerana Winter Whites betina akan sukar melahirkan bayi Campbells kerana saiz anak Campbells besar. Winter Whites tidak mempunyai sejarah diabetis.



Nama Komersial : Campbell Hamster

Nama Latin: Phodopus campbelli

Ukuran: 8-10 cm

Umur : 1 setengah tahun – 2 tahun hayat bila dirawat dengan baik

Berat: 30-45 g

Jenis2 lain : albino,panda,black bear,argente,opal,blue dll

Masa kehamilan : 18 – 21 hari


Ditemukan pertama kali pada tahun 1905 oleh Thomas Campbell. Hamster ini berasal dari asia tengah, terutama banyak ditemukan di daerah Mongol dan timur laut cina.


Campbells adalah lebih kecil daripada Syrians dan tinggal secara koloni. Jenis ini membiak dengan cepat dan disyorkan supaya mengasingkan kedua-dua jantina. Hanya tempatkan yang sama jantina sahaja di dalam satu sangkar. Biasanya mereka mesra sesama mereka namun mereka juga bergaduh terutamanya apabila induk betina tercabar dengan yang lain. Apabila mereka bergaduh dan cedera, pisahkan mereka dengan segera. Namun jangan terus mengasingkan mereka apabila kelihatan mereka bergaduh kerana mungkin mereka hanya bergomol bergurau sahaja. Apabila sudah dipisahkan agak susah untuk mereka berbaik semula di kemudian hari. Campbells biasanya menggigit manusia namun jika bernasib baik, dapat berjumpa dengan yang mesra dengan manusia


Nama Komersial : Roborovski Hamster

Nama Latin: Phodopus roborovskii

Ukuran: 4-5cm

Umur : 3 setengah tahun – 4 tahun hayat bila dirawat dengan baik

Berat: 15-26g

Jenis2 lain : normal,white face


Hamster ini berasal dari Mongolia bahagian barat dan timur serta sebelah utara China. Roborovski hidup di dalam lubang sedalam 50 – 150 cm.


Roborovski merupakan hamster yang paling kecil sekali dalam keluarga hamster dan berasal dari Mongolia. Mereka biasanya tinggal secara berkelompok tetapi jika terlalu padat, boleh mengakibatkan kanibalisme, di mana yang kecil akan dimakan jika mereka berasa makanan dan ruang tidak mencukupi. Berhati-hati jika membela beberapa ekor hamster jenis ini kerana agak sukar untuk menjaga Roborovski yang banyak. Jenis ini biasanya agak lincah dan bergerak pantas. Jenis ini juga tidak sesuai untuk dibela oleh kanak-kanak kerana sukar untuk membelanya. Biasanya Roborovski dibela secara berkelompok dan dibiarkan dalam sebuah tangki seperti akuarium yang mempunyai banyak permainan. Orang boleh melihat kehidupan hamster dan kurang sesuai untuk dibawa bermain di luar.

Nama Komersial : Chinese Hamster

Nama Latin: Cricetulus griseus

Ukuran: 10 cm

Umur : 2 tahun – 4 tahun hayat bila dirawat dengan baik

Berat: 26-38 g

Jenis2 lain : normal,putih,berbintik2


hamster ini berasal dari daerah utara China dan termasuk dalam keluarga hamster berekor panjang.

Jenis ini merupakan jenis yang jarang ditemui. Biasanya hamster jenis ini amat mesra dan mempunyai sikap yang baik. Boleh disimpan sepasang bersama dalam sangkar tetapi jika bergaduh perlu dipisahkan dengan segera. Mempunyai saiz yang agak kecil meskipun setelah dewasa sepenuhnya dan kelihatan seperti seekor tikus kecuali dia tidak mempunyai ekor yang panjang.